search slide
search slide
pages bottom

dan perjalanan hidup baru bakal bermula…..

dah lama aku tak update blog, rindu. yelah, sekali sekali kena shutdown kejap dari dunia siber. aku menyepi setelkan banyak benda, yang bakal mengubah hidup aku kedepan. dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, aku hanya mampu memanjatkan syukur pada Yang Maha Esa kerana walaupun aku diuji-Nya baru2 ni, hidup aku dilanda ribut taufan seketika, kini segalanya kembali tenang dan jalanku dipermudahkan. aku dah lulus temuduga dgn kukum, dan telah ditawarkan Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB), yang mana diorang akan sponsor aku untuk buat master, dan lepas usai segala, aku akan jd lecturer kat kukum, yang kampusnye dekat je ngan umah aku. aku juge dah dpt tempat kat ukm, dan pada 4hbjuly ni, aku akan mendaftar sbg pelajar sarjana kejuruteraan alam sekitar.

terima kasih buat insan2 yang menyayangi aku, yang sentiasa berada di sisi, yang mendoakan kebahagiaan utk aku saban hari. jasa dan kasih sayang kalian tak mampu aku balas. terima kasih atas segalanya.


dan alhamdulillah…walaupun aku tak berapa yakin dan agak main2 masa amik test IELTS ni, keputusannya taklah mengecewakan. walaupun aku rasa aku ni bengong english skit, tak sangka lak result nye 6.5 menunjukkan aku lepas tahap layak untuk ke oversea. alhamdulillah. tapi nasib baik la ukm offer tempat, kalau tak blur jugak aku, nak decide sanggup ke aku tinggalkan orang2 tersayang kat mesia ni…

Comments are closed.