search slide
search slide
pages bottom

Twice as much to love, two blessings from above…

Bila Baya text aku ajak gi kenduri akikah anak Mazrah, terus memori-memoriku bersama Mazrah menerpa di ingatan. Seperti Baya, Mazrah adalah kawan yang kukenal baik sepanjang kehidupan aku di Utm Skudai. Takdelah rapat (sebagai seorang lone ranger yang merempit Modenas Kriss secara solo kemana-mana, aku memang tak rapat sangat dengan sesiapa, but aku boleh je baik dengan sesiapa..tudiaaaa) tapi memang kenal baik lah, sebab Mazrah memang seorang yang sangat baik.

Lemah lembut, cantik dan cantik budi pekerti. Cara dia cakap, memang mencairkan macam cara cakap Tok Ti. hehe.

Walaupun satu course, sama tahun, tapi aku rasa kami jarang bertembung. Tak pernah segroup, se-blok, se-apa-apa lah, yang membolehkan aku kenal rapat dengan dia. I mean rapat sampai boleh bertukar-tukar cerita.

Permulaan aku betul-betul ada chance bersembang dengan dia adalah ketika dia ajak aku join persembahan menari (apaaaaaaaa???????? leed menariiiiiii????? yeaaa aku pun sampai hari ni tak percaya aku buat persembahan menari hihihi)

PC110067

Adapun persembahan tarian tu adalah masa our Final Year dinner, bersama kawan-kawan degree Kejuruteraan Kimia batch 2000 yang lain, meraikan kemerdekaan kami setelah berperang selama 5 tahun. Dinner ni berlangsung kat Pulai Spring Resort, JB yang super indah pemandangannya, padang golf terbentang hijau, resort 5 star,  haruslah aku jakun.

DSCN0953

Mazrah la cikgu tarinya..Jenuh la Mazrah nak liuk lentukkan badan aku yang keras kedekong ni nak menari ala-ala wanita melayu terakhir. Berapa malam jugakla praktis kat ruang legar hostel ramai-ramai :)

Such a sweet memory.. tapi jenuh aku korek-korek cari tak jumpa la pulak gambar tengah menari nyer.

DSCN0952

Ni je gambar yang ada.. Sayra pakai spek lagi masa ni :)

DSCN0991

Penari yang pakai baju lip-lap lagi.. hihihi

2006 04 Melaka - 001

Pastu jumpa jugak gambar kitorang buat reunion lepas masing-masing dah dapat keje. Masa tu aku pun dah keje sebagai trainee engineer kat Bangi, sebab Mazrah umah dia kat Bangi, so aku tumpang kete dia je la, travel la kami sama-sama ke Melaka, tempat reunion diadakan. Dalam keta ni la kami isi masa sembang-sembang dengan lebih mendalam. Tudiaaaaaaaa mendalam tuuuu.. hehe

2006 04 Melaka - 002

Dah sampai.

2006 04 Melaka - 003

Mari berkelah.

2006 04 Melaka - 004

Macam-macam makanan adaaaaa…

2006 04 Melaka - 006

Omaigod sapekah si tembam yang berbaju Von Dutch ituuuu???

2006 04 Melaka - 005

Kawan-kawan lama…

2006 04 Melaka - 009

Lepas setel berkelah pi bersuka ria di boling plak.

2006 04 Melaka - 019

Mazrah.

2006 04 Melaka - 018

Me yang tembam and my ex-roomate yang best.

2006 04 Melaka - 026

Pastu kami pi makan seafood kat Umbai beramai-ramai sebelum balik ke tempat asal dan meneruskan hidup di jalan pilihan masing-masing.

2006 04 Melaka - 024

Me and Mazrah, ohhh apsal la daif sangat muka aku tu. Penat la kot travel jauh-jauh, piknik lagi, boling lagi = muka letih. hihi.

IMG_1986

Adapun itu adalah kisah 5 tahun yang laluuuuuuu. Kini kami telah dewasa! Sayra, Baya ketika melawat Mazrah Sabtu lepas.

IMG_1989

Bestnyaaaa Mazrah dapat twins. Tomeiiii. Auntie Leeds amik berkat, ada bakat tak? =)

IMG_1990

Ringan je, sorang ~2.5 kg :)

IMG_1991

Grrrrrrr. Nak twins jugakkkkkk!

IMG_1983

Kita posing duluuuuu…

IMG_1994

Pastu makan… sedap giler la nasik dan lauk kenduri, tengok la pinggan aku… nyummmm…

IMG_1977

Tomeinyaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

IMG_1978

Dua-dua Syarifah :)

Thanks Mazrah for inviting us, semoga bahagia selalu bersama keluarga tercinta… :)

4 Responses to “Twice as much to love, two blessings from above…”

  1. Aida says:

    Leed, comey nye twins tu, memang menggeramkan! :p Kawan2 i baru masuk phase nak kahwin, so belum boleh tumpang berkat lah. I kene tumpang berkat untuk kahwin dulu, hehe :p
    Aida´s last blog ..Aktiviti Malam Minggu Hilang Boring

    ReplyReply

    My ComLuv Profile

  2. noorulaz says:

    Babe.. pembetulan.. apa pulak kita dinner kat Pulai Spring.. kat dkt Tebrau.. apa nama ntah tempat tu..
    noorulaz´s last blog ..Comel Macam Siti Halija

    ReplyReply

    My ComLuv Profile

  3. admin says:

    @Aida:
    hehe kawin jangan lupa jemput i tau Aida :)

    @noorulaz:
    oo ye ke??? alemak punyalah mengimbau kenangan lama sekali info tak betoi hahahha,
    tua dah aku ni..
    abis tu yg pulai spring tu dinner yang Shell Paper Presentation kot eh, ish ish ish.
    I don’t remember pernah pi Tebrau, ohh kena makan kismis banyak2 niiiii

    ReplyReply
  4. azurerin says:

    salam leeds..salam ziarah..
    suka pulak bila baca entry ni..(sbb org2 yg disebutkan..kenal belaka)
    btw..i was in the same school with Baya n Mazrah dulu masa kat Samura..
    Baya satu kelas..Mazrah satu dorm..
    thanks for uploading gmbr babies Mazrah..
    xdpt dtg aqiqah anak-anak dia..
    btw..kita exchange link boleh?
    aish..panjang pulak komen..sorry..

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled