Aku tak kisah kalau kawan-kawan ataupun strangers baca blog aku ni, tapi tidak bila family. Buat masa sekarang aku tak rasa family aku tahu kewujudan blog ni, sebab tu aku dengan bebasnya dapat menulis apa yang aku rasa tentang mereka, if you adalah pembaca setia pasti tahu betapa aku agak melankolik dan melodramatik bila mencurahkan isi hati dan apa yang aku rasa tentang my family, tentang my abah, my mama, my adik-adik.
Kawan-kawan aku tak kisah sangat sebab macam mana aku tulis kat blog ni, macam tu la diorang kenal aku, but tidak dengan family. Aku adalah anak yang pendiam dan tak reti berkongsi rasa dan cerita, aku adalah kakak yang garang dan tak reti menunjuk kasih sayang.
All I can do adalah menulis dalam blog ini dengan harapan katalah suatu hari nanti aku tiada lagi di muka bumi, my family akan diberitahu bahawa aku ada blog dan akhirnya diorang tahu apa yang tersemat di hati ini.
Tentang how I love them so much.
Aku dibesarkan bukan dengan kemanjaan dan keterbukaan maka untuk menunjukkan kasih sayang secara berdepan itu adalah sesuatu yang amat janggal.
Jadi bila aku balik kampung kali ini dan rumah aku telah memiliki internet secara wireless dan adik-adik aku semua ada Facebook, aku rasa sudahhhhh! tak lama lagi dah!
Serius I’m praying hard that diorang takkan jumpa blog aku sebab aku malu. Mesti diorang bantai gelak sebab rupanya Kak Lidya yang garang dan pendiam di rumah adalah jiwang. Hehehe.
Aku ada 6 orang adik dan masing-masing punya karakter tersendiri. If masa diorang kecik-kecik dulu semuanya boleh aku jerkah sampai masing-masing takut, but now masing-masing dah besar, dan aku pun makin tua sejuk, dah tak kuasa lagi lah.

Adik Awee, anak kedua (hampir sebijik Anas). 26 tahun, bakal engineer repair kapalterbang, just found out dia kembali single. Sape nak berkenalan sila hantar resume hehehe
Yang nombor 3, Ween. Masih study di Shah Alam. Yang nombor 4, Heera, baru bertunang.

Ahad lepas adalah hari bertunang dia. She’s only 22 dan baru habis diploma (masa aku 22 aku taktau pun lagi apa itu bertunang) but memang expected lah dia ni akan settle down awal sebab dia yang paling terer masak, paling terer jaga Anas dari Anas kecik, paling suka duduk rumah dan paling terer jaga kedai makan mama abah. Yang paling penting tunang dia pun dah stabil, dah umur nak masuk 30 so takde masa dah nak main-main (mainkan adik aku, siap!)

Tunang-tunang ni simple abis la, mai sembang-sembang, tetap belanja, tetap bila kenduri, makan-makan, setel.

Apakah perasaan anda setelah menjadi tunang orang?

Awee je tak balik, dok demam kat KL.

Abah.

Hantaran dibuat oleh adik yang nombor 4, Noly.

Makan manis-manis je sebab buat petang.

Apsal diorang putih-putih aku sorang je itam?

Tersenget plak.

The food, pulut + serawa durian.

Heera and abah.

Sepesen.

Dua yang paling kecik, Baby dan Anas.

Ok baju aku pinjam baju Baby yang berumur 15 tahun.
jelesnya pinjam baju org 15thn!!
@wani:
hehehe 15 tahun tapi sama besar je ngan aku wani..
tahniah..mudaaaaaa lagi da bertunang…
he..he…leed kakak yg paling tua kan?…tapi macam adik-adik je kan…..
laaaa t’liur la plak tgok gmbar serawe durian.
Reply

dulu time peknen blaja masak serawa durian sbb teringin sgt2,hehe..
p/s:leed,sy add leed dlm FB,tp x approve pun,huhu..
Faz´s last blog ..Shopping online with Akid
leeds,
dah lama baca blog leeds siple and selamba…
melalui apa yg saya baca perangai kita banyak persamaan la…mebi anak sulong kut….kita cam sayang giler adik2/famili kita tapi cam tak tau camner nak tunjukn kan??? kalau boleh biarlah diorang lebih senang..lebih hapyy dan lebih segala2 dari kita kan….kalu adik2 berjaya/bahagia tuh rasa cam syukur sangat2…
amboi sedapnya serawa,pulut!
@haslina:
hehe dah jodohh
@onie:
bukan paling tua, paling sulung hihihi
@Faz:
hehe sedap kan serawa durian, i pun nanti nak belajar masak jugaklah.. sebab serawa durian ni memang takde jual punya kat mana-mana,
u add pakai nama apa eh
@zie:
betul tu zie, susah betul nak tunjuk kan, habis sangat pun belikan diorang mcm2 bila balikkampung
@lin:
sedap woooo!
Serawa durian tu apa? Pulut durian ka? If yes, memang favourite tu!
Tahniah to adik Leeds!
Reply

~Reena~´s last blog ..Mascara Maniac
nasib i dapat melepaskan kempunan makan durian 2 hari lepas ;p
Reply

Lynn´s last blog ..