




Photos from my favourite entertainment blog: http://www.klubbkidd.com/
Jom kita panas, panas, panas pusing, pusing, pusing! (berapa puluh kali dah aku layan ni).
First time aku nangis peserta AF keluar! hahahaha!
Apapun, Aril keluar bermaruah. I love his last performance, I love how he speak during the press conference after the elimination. He’s smart and confident, dia berseni dan berani, look metrosexual but tak control macho.
Dia dah lama famous dikalangan budak-budak shuffle as a member of Hardstyle Republic (aku tau pun setelah layan video-video shuffle dia di youtube), lantas mengubah persepsi aku terhadap mende alah shuffle ni.
He can dance well, sing well with that husky voice, he’s a graphic designer by career, personaliti menarik dan ada aura,
pendek kata, babai abang Mawi
Tengok gambar burger messy Ramly kat blog FoxyFarah, aku tiba-tiba teringat kisah silam yang tak pernah aku sebut dalam mana-mana episod dalam blog ni. 
Once upon a time (eceh!), aku ada seorang adik angkat lelaki yang super hensem (hensem pada taste aku la).
Apa punya motif nak berangkat-angkat bagai aku pun tak pasti la kan, cuma yang aku ingat, masa tu hidup aku agak tak tentu arah, baru lepas kecewa bercinta sampai tertonggeng-tonggeng, tu la baru masuk tahun pertama dah gatai nak bercinta, bercinta dengan engineer la kununnya, tak main la bercinta-cinta dengan mamat sebaya, last-last padan muka dek engineer taik kucing kena perdaya.
Fasa hidup tak tentu arah ni adalah masa tahun kedua, bayangkan dari pointer tahap sijil dekan, terus menjunam sampai pointer nyawa-nyawa ikan.
Masa ni hidup rasa sepi tak berteman, umur baru 20 biasalah fasa dramatik terlebih kan, datang la pulak si adik ni menyerah diri.
Berkenalan kat mirc channel utm masa cuti semester, agaknya dia nak cari awek kot, sekali chatting punya chatting aku ni pangkat kakak rupanya, dia baru tahun pertama di Fakulti Electrical Engineering, terus dia bahasakan diri dia adik, dan aku suruh dia panggil aku Along.
Bila semester kembali dibuka, elok-elok dah kemas bilik semua, dapat sms dari Adik ajak jumpa kali pertama. Masa tu pikir kalau muka pecah rumah, gerenti aku blah. Sekali hensem la pulerkkkkkkk, kurus tinggi, hidung mancung, mata dalam, rambut jatuh jatuh. Hehe but aku layan dia sekadar adik lah, dan dia pun sangat hormat aku sebagai kakak.
Sekali lagi gambar burger messy Ramli yang punca pengait cerita.

Adapun selain daripada melepak di restoran-restoran sekitar Taman Universiti dengan adik, aku selalu jugak lepak kat stall burger depan 7e Taman Universiti sebab adik kerja part time kat sini, keje setting burger. Student Utm Skudai yang tinggal di Taman Universiti gerenti tau lah, tokey burger tu berenti keje sebab income jual burger lagi tinggi. Punye lah laku.
Disebabkan aku ni jenis kelawar malam, pukul 12 tengah malam ke atas adalah masa paling efektif aku. Sebelum start stay up, sarung jeket pakai helmet pi beli burger dulu (sebenarnya nak pi jumpa adik hehehe). Parking motor je, mesti kawan-kawan adik yang tengah melepak kat situ cepat-cepat bagitau adik yang tengah busy setting burger,
“Leman, kakak kau datang”
Dan adik akan settingkan burger untuk aku, lepas tu belikan air setin kat 7e. Tengok adik setting burger dengan penuh tekun akan membuatkan aku ralit, sama ralit bila tengok adik menggoreng gitar bass nya saat aku ikut dia dan his housemate jamming di studio.
Adiklah yang selalu tolong tune kan gitar aku (yang aku beli ketika fasa hidup terhuyung hayang, sejurus saja selepas frust). Adiklah yang selalu serviskan motor dan adiklah yang aku akan call bila tayar pancit di dalam kampus.
Tapi cinta platonik kami tak berpanjangan.
Aku tak dapat contact adik bila telephone dia hilang, dan bila aku pi rumah sewa dia pun ternyata satu rumah dah pindah. Tanya kat stall burger, tokey dia cakap Leman dah berhenti, dan dah pindah duduk hostel.
Sedih, tapi masa tu hati aku dah kering untuk rasa apa-apa. Hidup pun dah tak lagi huyung hayang dan huru hara, dah nampak cahaya, dah tak rasa kosong sangat. Pointer pun dah makin naik.
Pernah jugak aku ternampak adik dari jauh sekali-sekala, tapi aku hanya sekadar pandang saja. Hati macam marah kenapa dia tak cari aku. Deep down inside aku sentiasa harap dia ingat pesan aku supaya belajar rajin-rajin, jangan dok sibuk part time cari duit sangat.
Aku tinggalkan universiti tanpa sebarang kata selamat tinggal pada dia.
Tapi aku tau adik akan survive, dia memang pintar, I bet dia dah jadi electrical engineer sekarang.

Tengok gambar burger messy Ramli kat blog FoxyFarah, lalu aku teringat dia, lalu aku google nama dia yang masih tersemat dalam sudut kepala. Aku hampir menangis bila aku jumpa gambar-gambar kahwin dia,
I knew it Adik, that you’ll end up just fine.
*picture removed*
Adik and his wife, baru kahwin Januari 2009. (kepada tuan punya fotopages, harap halal saye cilok sekeping gambar).
“Dear Adik, Along doakan kebahagiaanmu. Mengenalimu adalah antara kenangan sangat manis dalam hidup Along.”

Pergi berkelah di Tanjung Balau, I remember ajak adik ikut tapi dia taknak sebab segan dengan classmate aku.

Sekitar 2002.

Yang tinggal hanya kenangan