Kecik-kecik dulu, sebagai anak sulung yang takder kakak mahupun abang, inspirasi aku dalam pelajaran adalah anak-anak maknyang. Maknyang adalah satu-satunya kakak abah aku.
Penyakit aku suka stay-up tengah malam adalah keturunan sebelah maknyang (hampeh la kan semua penyakit aku nak salahkan keturunan). Kecik-kecik dulu abah aku selalu kata, kalau nak kaya, belajar tinggi-tinggi, belajar sampai tengah malam macam maknyang.
Anak-anak maknyang empat-empat lelaki. Empat-empat super genius. MCKK, MRSM Taiping, Sekolah Alam Shah, geng-geng tu lah. Tapi kuat main basikal dan hantu majalah gila-gila. Kecik-kecik dulu, aku selalu lepak rumah maknyang sebab nenek duduk situ. Tiap-tiap kali pergi situ jenuh aku pulun nak habiskan baca majalah gila-gila setimbun dan pelbagai buku cerita sebab masa tu aku belum ada duit nak beli sendiri.
Dan tiap-tiap kali aku nak balik dari situ, maknyang akan bagi sekotak buku. Kebanyakkannya buku-buku latihan anak dia yang nombor 2. ala.. mcm buku-buku contoh soalan, sasbadi, pelangi…pmr, spm… semua dah siap berjawab siap jalan kira sekali…
Anak maknyang yang nombor 2, adalah insipirasi aku nombor 1, kini. Insipirasi sebelum umur 30 dah ada PhD. Aku baru je tahu yang dia selama ni sakit (sedih aku), yet he’s the best student masa engineering degree kat UK, takpayah buat master terus orang offer PhD. Dan sekarang walaupun umur baru 29, di salah satu universiti swasta dialah ketua jabatan.
Dalam semua keadaan dan kemudahan yang tersedia hampir sempurna, aku takda alasan untuk gagal.
Dan aku ada 6 adik untuk aku menjadi inspirasi.

testing-testing…

babe, jom pesta konvo!