“kak leeds, that advice u gave babe tue nadia nak amik jugak..thanks !”
Aku senyum je baca komen adik Nadia. Dik, akak baca about your frustation, i can feel you.. be strong dik, trust me one day when you find the One, you’ll look back and smile
Aku taktau lah kenapa, tapi kalau ada kawan-kawan yang kecewa mahupun putus cinta, pandai aje aku nak memotivasikan mereka. Mungkin sebab pengalaman yang pernah aku lalu. Mungkin sebab personaliti aku yang bernaung di bawah zodiak Taurus yang diketahui pandai memberi motivasi dan tidak perlu dimotivasi untuk motivasi diri sendiri (aiseh dah macam kursus motivasi la plakkkkkk!)
Mungkin ada yang akan kata, eleh hang dah kawen, takpalaaaa.. hang tak pernah frust, takpalaaaa..
Aku tak pernah frust???
Meh nak bukak cerita lama…
Eh malasla… cerita zaman tok kadok buat apa nak ulang kan. Ringkas cerita, sebelum aku “declare” dengan hubby aku ni, aku PERNAH frust dan kemudiannya memfrustkan hampir lebih kurang 10 orang lelaki (tak ingat la exact number berapa, lost count) . Lupa dah nama-nama depa semua pun.
Frust cinta pertama adalah yang paling sadis sampai terasa nak terjun apartment sewaan aku masa di UTM Skudai dulu tu, yang lain-lain tu kalau dalam masa 3 bulan aku tak dapat rasa “the chemistry“, aku blah.
babai je lah.
Sepanjang tempoh tu, sejak frust cinta pertama sampai la ke fasa bertukar-tukar pakwe macam tukar bra, hubby aku, pada masa itu adalah sekadar sahabat aku. sahabat yang paling sanggup nak dengar semua meroyan aku dan apa-apa je lah. Dia tau setiap inci cerita cinta-cinta bodoh aku sebelum tu. Yang sentiasa akan ada menasihatkan aku jangan buat benda-benda bodoh semata-mata kerana frust cinta. Masa tu, he’s more like a brother to me.
Last-last bila dah sampai ke pencarian pakwe yang ke 10 pun aku still tak rasa apa-apa dan tak jumpa apa yang aku cari, yang mampu mengisi kekosongan jiwa aku…. TING! hati aku terbukak untuk nampak siapa sebenarnya yang layak untuk hidup bersama aku..
the rest is history…
sebenarnya point aku kat sini adalah, cinta itu try and error. cinta itu pengalaman. kenal ramai-ramai lelaki takper, so that kita tau perangai lelaki ni sebenarnye camne. takat putus cinta tu perkara kecik. kawin pun belum tentu kekal. Kalau hari ni kau frust dan sakit, next time kau takkan terasa sangat sakitnya.
aku pun pernah frust cinta, dan aku rasa aku takkan sampai kat mana aku ada hari ini kalau masa aku frust cinta dulu, aku bermuram durja berbulan lamanya. tah-tah aku tak grad pun dengan degree.
Masa aku frust cinta dulu, ditinggalkan kononnya, aku menangis la seketika kan, tapi aku tekad untuk buktikan yang aku akan berjaya dan buat sapa-sapa yang tinggalkan aku tu, menyesal gila sebab tinggalkan aku.
So adik nadia, babe, and sapa-sapa lagi la yang tengah frust bercinta, jangan la layan sangat perasaan tu. Anggap je cinta sangat remeh, dan hidup tetap akan terus dengan hanya cinta pada diri sendiri. Guna akal untuk atasi emosi. Perbaiki diri, lengkapkan diri dengan ilmu dan capai dulu cita-cita sampai tahap, kau petik jari jerrr…berdoyonnnnnnnnnnn lelaki tiba..
hehee..sebelum ada yang kata gua ni “macam bagus”, nak bagitau awal-awal gua bagi motivasi je pandai, tapi diri sendiri sebenarnye hampeh. ekekeke
entry takder gambar macam tak best lak kan. jom layan gambar-gambar zaman jahiliyah aku di utm dulu. keh keh keh…




Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn!!
Poyo tahap kelapan™ nyerrrr lah!
huarhuarhuarghhhhhhh!!!


selambe je amik gambaq dalam muzium, sebenarnye takleh. hehe

memposingkan diri yang tembam



di kaki gunung kinabalu. sejuk!! lain dari sejuk aircond… tehehe

anas masyam sebab tido dalam keta..

puncak kinabalu yang clear giler. our tour guide cakap, memang susah nak dapat tengok puncak clear macamtu. selalunya berkabus. dia kata ada pelancong tu tunggu sampai sejam, tak nampak-nampak jugak. clear view ni pun kejap sangat. pastu berkabus balik.

ni view bila berkabus.











ni kat Poring Hot Spring. abah and mama mandi kolam air panas. aku dan anas mandi kolam air sejuk… giler sejuk.. hehe
i miss anas so much!!