AMARAN:
MENGANDUNGI SPOILER. JANGAN BACA KALAU TAKMAU SPOIL.
Aku rindu perasaan yang aku alami bila tengok filem-filem Indonesia. Dengar khabarnya, pelakon diorang bila dapat watak, kena berlatih berbulan-bulan. Supaya watak tu rasa hidup ‘roh’ dia, bukan sekadar lakonan semata. Benda simple, tapi siapa yang tengok, confirm tak boleh lupa punya.
Siapa boleh lupa Ada Apa Dengan Cinta? Cerita simple je kan, bebudak sekolah yang ada geng, jatuh cinta pastu kena berpisah. Cerita tersusun, tiap-tiap babak cukup perisa untuk penonton rasa. Boleh rasa betapa kuatnya persahabatan, boleh rasa kuatnya cinta pertama, walaupun takde babak peluk-peluk dukung-dukung dekat-dekat pipi kat muka, tetap berjaya mengusik emosi cinta pada hati paling dalam.
Kita, manusia ni, sefaham aku, ada pancaindera fizikal, dan ada pancaindera roh.
Pemandangan (cinematografi) yang indah bagai lukisan, lagu soundtrack yang sedap didengar, tu semua selalu sampai takat pancaindera fizikal jer. Berapa lama sangat nak tengok, berapa kali sangat nak dengar, confirm lama-lama jemu.
Ada sesiapa pernah jemu tengok Ada Apa Dengan Cinta? Berapa belas kali ulang tengok babak-babak yang kita suka? Dah lama-lama tinggal pun, suatu waktu kita akan rindu, saat hati kita ketandusan cinta, kita nak tengok balik sebab nak jiwa basah kembali dengan rasa cinta.
Itu sebab dia berjaya buat orang tengok filem tu dengan pancaindera roh. Lihat dengan mata hati, dan rasa sampai ke jiwa.
Kita leh rasaaaaaa gilaaaaaaaaaa betapa cinta Rangga dengan Cinta. Sampai jiwang makan bulan jugak laaaa hehe. Padahal diorang bukan peluk-peluk dukung-dukung dekat-dekat pipi kat muka cium-cium punnnnnnnn! Takat jalan-jalan pastu Rangga pi pegang tangan Cinta, masa tu rasa macam hati kena sambar letrik. If tengok versi yang tak kena tebas dengan LPF Malaysia, diorang kiss (sekali je pun) kat airport masa Rangga nak berlepas, rasa macam hati kena panah petir.
Orang seni, they work using their subconscious mind, their ‘roh’. Their soul. Diorang bukan hanya buat kerja berdasar hukum-hukum logik/otak kiri, tapi hasil kerja diorang selalu menjangkau batasan fikiran. Imaginasi melayang menjangkau batasan masa, melangkau pancaindera fizikal untuk sampai menyentuh roh penonton/pendengar/pembaca.
Ahadiat Akashah, adalah orang seni.
Ada lagi filem-filem Indonesia macam Tentang Aku, Ungu Violet, Virgin, Eiffel I’m in Love, 30 hari Mencari Cinta, semuanya sama. Bukan takat menjadi makanan kepada pancaindera roh, tapi hasil kerja juga sempurna. Perfect, takde cacat cela.
Masa remaja, aku tak suka sangat baca novel-novel skema. Yang straight forward je jumpa-cinta-konflik-pisah; jumpa-cinta-kahwin-bahagia. Kalau best pun cara tulis, takat tu je la. Tak terkesan di minda dan di jiwa.
Sebab tu aku peminat setia Ahadiat Akasyah, masa remaja dulu. Hampir semua novel dia aku baca sebab kreatif dia melampau, tulisan dia membuatkan imaginasi aku mengganas, dan emosi aku runtun. Aku masih ingat rasa dan imaginasi melayang bila baca Budak Momok, Sekuntum Bunga Batu, Budak Rap 1 & 2, Matilda, Kejora, dan lain-lain (dia ada 70+ buah novel, lebih mungkin).
Novel Lagenda Budak Setan, memang lagenda. Dulu dia bukan seketul sebuku macam sekarang ni. Dia keluar Budak Setan dulu, nipis je buku dia, berkisar kisah kesetanan Kasyah kat sekolah. Setahun lepas tu kot (agak je la) keluar Budak Setan 2. Kasyah pi Fresno, US, lepas kecewa cinta Ayu. Lepas tu keluar Budak Setan 3. Pastu keluar Katerina. Pastu baru la empat-empat buku ni digabung jadi Lagenda Budak Setan (aku umur 16 or 17 tahun dah masa ni).
Bayangkan betapa dasyatnya kami peminat setia Lagenda Budak Setan, dok feeling betapa kuatnya cinta Kasyah kat Ayu ni. Dari sekolah dia tunggu, sampai 10 tahun lepas tu, sampai Ayu dah kena cerai dan dah bertukar wajah dan dah hilang ingatan pun, dia tetap nak kat Ayu.
Ayu dalam novel, cantik dia secantik nama Sidaratul Dursina (dalam filem tak mention pun nama penuh Ayu), secantik bidadari kayangan. Kasyah tu hensem nak mampos, sampai yang dok baca ni pun leh jeles apsal dia tetap dapat kat Ayu walaupun macam-macam Ayu buat kat dia.
Tapi filem Lagenda Budak Setan, membuatkan aku kecewa jiwa raga. Apa salahnya buat macam Harry Potter dan Twilight, skit-skit la cerita, setahun satu cerita, ni semua 4 buku nak sumbat dalam 2 jam, pastu amik part sana part sini sambung-sambung jadi movie, part-part penting dalam novel macam banyak yang takde. Bila takde, hilangla roh Lagenda Budak Setan tu. Baik takyah buat adaptasi, baik boh tajuk Lagenda Farid Kamil.
Malas dah nak cerita panjang (hehe padahal dah panjang pun). Hati dah hancur. Jangan plak dok kata aku pandai hentam jer, tak bagi sokongan kat filem Malaysia apa bala semua.. aku siap pi tengok 1st day lagi. Aku baca semua novel Ahadiat Akasyah. Dan sebab aku beli tiket sendiri, of course la layak komen kan, takmau kena komen baik buat filem pastu tengok sendiri.
p/s- sebarang komen positif/negatif dialu-alukan. Nanti aku bagi abang Ahadiat Akasyah baca. Dia kawan aku kat fesbuk hehehe.
Gambar cilok dari Along. Nasib baik pi tengok ngan depa ni. Penyejuk hati. Kalau tak mau aku bakar panggung.







Abang Ahadiat Akashah, apapun, you tetap the legend
Tahniah sebab Lagenda Budak Setan “box-office collection has broken all the previous records of any malaysian film released till date………full house in every theater…. in all the locations” - copy paste from the Facebook Page.
Yang belum tengok, pedulikan apa yang aku tulis, pi tengok sendiri ok ![]()
Tahukah anda bahawa nama asal Bangkok adalah Krung Thep atau dalam bahasa inggerisnye City of Angels?

Sebelum bertolak ke hotel tempat training. Ni kat tengah-tengah hotel aku.

hehe nak tunjuk kat hangpa gambaq hotel, gambaq muka aku yang lebih. takder sapa nak mintak tlg amikkan gambaq masa ni

Tapi yang payah bila suh depa tolong amikkan, aku suh bagi nampak interior ala-ala morocco kat belakang tu, dia pi tangkap gambaq tiang.

ok muka aku lagi. hihi

ok ni masa kat BTS. memang dasat la orang Thai ni, dengar lagu negaraku depa terus tegak macam tiang.

Pendaftaran training. Ada lebih kurang 20 kelas training. Peserta semua menjangkau 1000 orang.

freebies. event ni agak besar la jugak, gabungan US, Europe dan Asia. so ramai giler sponsor, aku sebagai peserta dari Asia memang tak kena yuran apa-apa. dah la makan best giler. walaupun menjadi vegetarian seketika tapi memang best giler. nasib baik leh pulun makan udang. dessert takyah cakap arrr..segala jenis yang ada dalam dunia ni dia hidang. esok nak rasa yang lain plak dari hari ni.. hehe

ada sorang kakak ni, satu training dengan aku jugak , dari Malaysia yang tengah buat PhD kat UK, fly dari UK semata-mata nak sertai conference ni. dok sebelah aku masa training, dia kata baguslah aku muda-muda dah join sebab masa dedulu dia sorang jer dari Malaysia, sekarang ni pun cuma ada lebih kurang 10 orang yang mewakili Malaysia dalam studies Air Quality sedunia.

Masa ni rehat.

My new friend from Indonesia yang sedang study Regional Climate Modelling di Bangkok.

Balik dahhh..

Ok nanti aku sambung lagi. Malam ni nak pi pusing-pusing Night Market.
Oh yer komen2 belum sempat balas, dont worry akan tetap kubalas lambat atau cepat jer penentunya.
Nota penutup: KIta shopping dulu!