search slide
search slide
pages bottom
Currently Browsing: talking to me & myself

Still standing.

Menurut kajian saintis mana ntah (boleh la google kalau takde keje), bahawa orang kidal banyak guna otak kanan, orang tangan kanan banyak guna otak kiri. Yang guna otak kanan ni selalunya kreatif dan berseni, yang guna otak kiri pulak skema dan suka mengikut peraturan.

Kurikulum sekolah banyak memberi kelebihan kepada pengguna otak kiri.

Tapi ada ko-kurikulum kan, so ibubapak kena la galakkan anak-anak supaya balance dua-dua ni.

Dan aku rasa tak semua kajian sains tu 100% betul, sebetulnya manusia harus guna otak secara seimbang. Guna dua-dua belah. Aku suka pada kajian-kajian sains yang hakikatnya dah lama diterangkan dalam Al-Quran. Betulkan aku andai salah, bahawa dalam Al-Quran disuruh guna akal. Dan takde dinyatakan akal ni dok belah kiri atau belah kanan. Ada masa kita kena guna logik dan peraturan, ada masa kita kena guna gerak rasa dan imaginasi.

That’s why kat sekolah dulu-dulu ada aktiviti-aktiviti kokurikulum, aku dulu sekolah rendah aktif berdrama pentas, berkoir berpancaragam, dan johan pesta pantun peringkat daerah Petaling (ceaa kena gak bagitau johan tu).

Aku dah buat test untuk tengok kita cenderung kepada (teori) otak kiri atau otak kanan, aku dapat 34% otak kiri, 66% otak kanan, sebab tu kot aku tak minat matematik dan lebih suka melayan imaginasi dan berkreatif. Jadi membuktikan teori hanya kidal yang akan guna banyak otak kanan tu tak betul (sebab aku bukan kidal).

Take your test here http://www.wherecreativitygoestoschool.com/vancouver/left_right/rb_test.htm

Ada gak makpak bebudak skema (skema ni dia mai skolah dia asyik ngan bukuuuuuuuuuu jerrrrrrr, takde skil bersosial dan beraktiviti langsung) yang tak bagi anak-anak dia join aktiviti-aktiviti sekolah, buang masa katanya. Kena baca buku untuk periksa.

It’s all about balance in life. Aku kalau ada anak nanti, macam mana mak pak aku bagi kebebasan sepenuhnya dalam mencari jatidiri aku, macam tu la aku akan buat kat anak-anak aku. Macam mana aku belajar hidup susah dulu, bersenang kemudian, macam tu la anak-anak aku akan hidup.

Orang yang biasa senang, dia takleh survive bila susah.

Orang yang sentiasa dikawal supaya hanya buat benda yang betul, dia tak merasa belajar dari kesalahan.

Satu benda yang aku bersyukur dalam hidup aku sebab aku sentiasa buat kesalahan. Kesalahan-kesalahan yang memberi pengalaman, dan mengajar untuk menjadi lebih baik.

Sampai dah umur nak masuk 28 tahun pun, masih buat salah.

Masih terngiang dan terbayang saat aku present last time, I feel soooo soooooo small and stupid. Like whadehellll am I doing, apa aku dah buat niiiiiiiiii kill kill kill die die!

I even cried kat twitter dan rasa macam nak quit segala-galanya.

Aku jatuh terkelepek but sebab aku dah biasa lalu macam-macam dari kecik, aku tahu aku kuat.

I’m a leader, I’m a survivor.

Aku cuba bangun. Aku pi mengadap balik Prof aku buat muka kering. Seolah mengatakan;

“Prof, I am still standing”.

Aku tak tahu apa yang Allah dah tentukan di masa depan aku, tentang siapa dan apa aku akan jadi, jadi manusia yang berjaya di dunia atau tak berapa berjaya, but for now aku tahu aku perlu berusaha sehabis daya lalu berdoa padaNya.

Doa tanpa usaha tak guna jugak.

Tapi kalau dah usaha tapi tak berjaya, mesti ada sebabnya.

Masa tu baru perlu datang redha.

For now, just do it sampai ke titisan nescafe ku yang terakhir.

IMG_1956

Disarankan untuk dibaca oleh semua. Baca sendiri untuk bezakan dengan Law of Attraction, The Secret yang  versi omputih.

P/s – Kalau la lepas sehabis daya dan sehabis usaha aku ditakdirkan tak layak mendapat PhD, aku akan tetap bersyukur sebab perjalanan membuat PhD ni sendiri membuatkan aku belajar memperbaiki diri ke arah menjadi muslimah yang baik, dan memperbaiki hubungan aku dengan Yang Maha Esa. Saat aku rasa macam nak hilang segala-galanya, aku tahu aku tetap boleh meminta pada Dia.

galway

P/p/s – ada tak pembaca setia blog saye yang berada di Galway, Ireland ?

Mana tahu kot murah rezeki saye sampai ke sana, bolehla jadi pemandu pelancong saye :)

My life would suck without you

Kadang-kadang bila hati sedang blues, aku terlupa yang untuk hidup tenang, tak perlu pikir apa yang orang lain pikir pasal aku banyak sangat.

41u4jtwo7ol_ss400_

Baik pikir pasal kasut idaman hati ni.



Page 1 of 3123»