search slide
search slide
pages bottom
Currently Browsing: phd & study

Fear vs. Courage.

Bila baca balik entry sebelum ni, aku terfikir balik, apa phobia tu sebenarnya? Ketakutan? Tapi ketakutan adalah fear.

Bila fikir balik, it’s all only in the mind, kan? Yer, phobia tu adalah perasaan takut yang kita sengaja/tak sengaja bina, sama ada sebab kita pernah mengalaminya (macam aku pernah terkena api, pernah banyak kali accident) dan juga belum pernah mengalami (macam ketakutan bila bad weather dalam kapalterbang, all the images and news I’ve seen and read terlalu mempengaruhi sampai ketakutan tu terlalu menguasai fikiran)

But again, it’s all in the mind. Mungkin kita tak dapat mengatasi ketakutan tu sepenuhnya, tapi kalau kita cuba lawan, it’ll be something yang menambahkan self esteem, kita boleh cakap pada diri sendiri saat kita memerlukan motivasi, sedangkan benda yang paling takut pun aku tetap gagahkan untuk lalu dan hadapi, inikan pula masaalah-masaalah remeh dalam hidup.

Masaalah-masaalah remeh ni banyak, yang bila kita terlalu concentrate padanya, kita akan kekurangan masa untuk menikmati benda-benda yang lebih bermakna dalam kehidupan; antaranya family, friendship, relationship, religion, ambition, passion, dan sebagainya.

Aku phobia accident melibatkan kenderaan, tapi aku tetap bawak kereta (bila balik kampung) dan menunggang motor (tiap-tiap hari). Aku phobia berdiri di tepian tempat tinggi tapi tak bermakna aku akan hanya menanti di bawah, aku tetap naik, tetap berdiri di tepi tebing tinggi and feel the fear, and enjoy the scenery. Aku phobia accident melibatkan api (masa aku tingkatan 2, aku cairkan lilin dalam periuk, atas dapur gas for a school project, suddenly periuk tu disambar api sebab i didn’t remove the sumbu, dan sedang aku cuba padamkan lilin cair panas tu tertumpah atas tangan aku). Imagine the pain. I can still feel the pain until today tapi ia tak menghalang aku untuk tetap memasak menggunakan dapur gas.

Imagine what will happen to my life if aku membiarkan phobia atau fear ini menguasai fikiran aku?

  • Aku akan takut drive so i’ll always depend on others which is something i don’t like to do, and miss a lot of life opportunities, miss the joy of riding my motorbike in the evening.
  • Aku takkan sampai ke oversea dan hanya terperuk kat dalam negara sekadar sebab takut naik kapalterbang.
  • I’ll miss the joy of cooking and preparing meals for my loved ones.

Walaupun berbeza, ia tetap sama bila mana aku terlalu membiarkan ia menguasai fikiran, I’ll miss a lot of opportunity to gain life experiences.

Ni cuma contoh je la, berdasarkan pengalaman aku. Korang yang membaca boleh adaptasi kepada situasi dan pengalaman  masing-masing.

This is Bibi my bestfriend yang kukenali sejak hari pertama aku menjejak kaki ke alam sekolah menengah. Tak lama lagi dia akan meninggalkan Malaysia untuk sambung PhD kat London, I’m so happy for her because knowing her for years, dah banyak benda yang dia lalui dengan tabah untuk sampai ke bahagia hari ini.

Semalam sambil minum petang, macam-macam kami sembang. Antara nya adalah takut fail dalam pengajian PhD. Fear of failing in PhD ni adalah logik sebab failure rate yang tinggi. But instead of focusing on the fear, we should focus on how to build the courage to overcome whatever challenges that will come, and whatever result that we will get.

Instead of having fear for the uncertainties, we should  have the courage to still stand and fight when we are weak and about to fall.

Nanti auntie Leed pi melawat Aisya Zara kat London, ok :)

_MG_9809

“Auntie Leed ni takde baju lain ke?” kata Aisya Zara dalam hati.


Still standing.

Menurut kajian saintis mana ntah (boleh la google kalau takde keje), bahawa orang kidal banyak guna otak kanan, orang tangan kanan banyak guna otak kiri. Yang guna otak kanan ni selalunya kreatif dan berseni, yang guna otak kiri pulak skema dan suka mengikut peraturan.

Kurikulum sekolah banyak memberi kelebihan kepada pengguna otak kiri.

Tapi ada ko-kurikulum kan, so ibubapak kena la galakkan anak-anak supaya balance dua-dua ni.

Dan aku rasa tak semua kajian sains tu 100% betul, sebetulnya manusia harus guna otak secara seimbang. Guna dua-dua belah. Aku suka pada kajian-kajian sains yang hakikatnya dah lama diterangkan dalam Al-Quran. Betulkan aku andai salah, bahawa dalam Al-Quran disuruh guna akal. Dan takde dinyatakan akal ni dok belah kiri atau belah kanan. Ada masa kita kena guna logik dan peraturan, ada masa kita kena guna gerak rasa dan imaginasi.

That’s why kat sekolah dulu-dulu ada aktiviti-aktiviti kokurikulum, aku dulu sekolah rendah aktif berdrama pentas, berkoir berpancaragam, dan johan pesta pantun peringkat daerah Petaling (ceaa kena gak bagitau johan tu).

Aku dah buat test untuk tengok kita cenderung kepada (teori) otak kiri atau otak kanan, aku dapat 34% otak kiri, 66% otak kanan, sebab tu kot aku tak minat matematik dan lebih suka melayan imaginasi dan berkreatif. Jadi membuktikan teori hanya kidal yang akan guna banyak otak kanan tu tak betul (sebab aku bukan kidal).

Take your test here http://www.wherecreativitygoestoschool.com/vancouver/left_right/rb_test.htm

Ada gak makpak bebudak skema (skema ni dia mai skolah dia asyik ngan bukuuuuuuuuuu jerrrrrrr, takde skil bersosial dan beraktiviti langsung) yang tak bagi anak-anak dia join aktiviti-aktiviti sekolah, buang masa katanya. Kena baca buku untuk periksa.

It’s all about balance in life. Aku kalau ada anak nanti, macam mana mak pak aku bagi kebebasan sepenuhnya dalam mencari jatidiri aku, macam tu la aku akan buat kat anak-anak aku. Macam mana aku belajar hidup susah dulu, bersenang kemudian, macam tu la anak-anak aku akan hidup.

Orang yang biasa senang, dia takleh survive bila susah.

Orang yang sentiasa dikawal supaya hanya buat benda yang betul, dia tak merasa belajar dari kesalahan.

Satu benda yang aku bersyukur dalam hidup aku sebab aku sentiasa buat kesalahan. Kesalahan-kesalahan yang memberi pengalaman, dan mengajar untuk menjadi lebih baik.

Sampai dah umur nak masuk 28 tahun pun, masih buat salah.

Masih terngiang dan terbayang saat aku present last time, I feel soooo soooooo small and stupid. Like whadehellll am I doing, apa aku dah buat niiiiiiiiii kill kill kill die die!

I even cried kat twitter dan rasa macam nak quit segala-galanya.

Aku jatuh terkelepek but sebab aku dah biasa lalu macam-macam dari kecik, aku tahu aku kuat.

I’m a leader, I’m a survivor.

Aku cuba bangun. Aku pi mengadap balik Prof aku buat muka kering. Seolah mengatakan;

“Prof, I am still standing”.

Aku tak tahu apa yang Allah dah tentukan di masa depan aku, tentang siapa dan apa aku akan jadi, jadi manusia yang berjaya di dunia atau tak berapa berjaya, but for now aku tahu aku perlu berusaha sehabis daya lalu berdoa padaNya.

Doa tanpa usaha tak guna jugak.

Tapi kalau dah usaha tapi tak berjaya, mesti ada sebabnya.

Masa tu baru perlu datang redha.

For now, just do it sampai ke titisan nescafe ku yang terakhir.

IMG_1956

Disarankan untuk dibaca oleh semua. Baca sendiri untuk bezakan dengan Law of Attraction, The Secret yang  versi omputih.

P/s – Kalau la lepas sehabis daya dan sehabis usaha aku ditakdirkan tak layak mendapat PhD, aku akan tetap bersyukur sebab perjalanan membuat PhD ni sendiri membuatkan aku belajar memperbaiki diri ke arah menjadi muslimah yang baik, dan memperbaiki hubungan aku dengan Yang Maha Esa. Saat aku rasa macam nak hilang segala-galanya, aku tahu aku tetap boleh meminta pada Dia.

galway

P/p/s – ada tak pembaca setia blog saye yang berada di Galway, Ireland ?

Mana tahu kot murah rezeki saye sampai ke sana, bolehla jadi pemandu pelancong saye :)

Page 1 of 512345»