Aku cuma tertengok satu episod jer.
Terus takleh tinggal, terus nak tunggu tiap-tiap minggu, terus nak gigih cari episod lepas-lepas yang aku terlepas, terus macam nak lingkup laptop aku download 13 episod bersaiz 4.4GB sebab seminggu tak off (amik masa exactly seminggu, kalau time modem dial-up dulu lojik la jugak kan).
Terus aku yang tak penah-penah dengar lagu (zaman remaja lain cerita) (only Miley Cyrus & Taylor Swift tu pun sekarang babailah) sekarang 24 jam telinga bersumbat earphones. Glee The Music Volume 1, Glee The Music Volume 2, Glee The Music The Power of Madonna, sekarang dok putaq-putaq on shuffle kat henpon aku tanpa henti. Tiap-tiap hari check kot torrent bila volume baru keluaq.
Aku kalau suka, memang la obses tahap poyo. Walaupun benda-benda simple (tahun lepas obses kat Aril & Akim AF7 – ish ish!) asalkan dia buat hati aku happy.
First i heard about Glee is when Chics tweet, Kak Intan pun ada tweet. Tengok gaya macam muzikal which aku takdelah minat sangat, sekali my husband dengan teruja sekali cerita pasal Glee. Bila aku tengok, agak tak paham sebab tengok kat tengah-tengah.
The rest is history. Minggu lepas remuk redam hatiku lepas American Idol ingat depa nak tayang yang episod 14, sekali episod 1 balik. Tak sanggup tunggu lagi 12 minggu
*senyum sebab dah tengok episod 14 & 15*
Punyalah cari free version blackberry 9000 theme, tak jumpa, so gigih tempah custom-made walaupun kena 5USD. Happy giler rasa…
Bila dapat call dia jadi camni.
Bila keylock.
Ramai minat Glee ni atas sebab-sebab yang tak perlu aku ulas, kena tengok sendiri. Yang pasti kekadang aku konpius nak minat sape, kejap minat Quinn, kejap minat Finn kejap Mr.Shue. Can’t help to suka Kurt sebab dia gay yang cute, dan admire Rachel sebab I can see myself in her.

First time aku tengok Glee ni, adalah episod bila Rachel exercise dalam bilik, depan cermin, kat cermin tu ada dia punya aim/target. Terus aku terlontar ke zaman silam, i used to do that before. Exercise – joging setempat/aerobik depan cermin, sambil imagine a beautiful me.
Tapi dah bertahun lama tak buat camtu. Rasa macam diri aku yang asal, yang penuh inspirasi dan motivasi, dah kabur dan hilang.
I know what and where I wannabe, tapi macam ada awan hitam yang menyelubung kehidupan. I am sad sometimes, happy sometimes. Penat naik emotional roller coaster. Bila aku baca balik entri-entri lama aku, aku tertanya mana pergi Leeds yang aku kenal.
That’s why aku lebih suka menyepi dan menyendiri, until semua yang patut aku setelkan, setel. Until aku capai apa yang aku nak. Until aku jumpa balik diri aku yang sebenar (in 14th episode, aku senyum dan paham sangat bila Finn & Mr.Shue pun ada buat camni). I even tak jumpa my husband 2 bulan (Edited: eh rasa cam over dramatik pulak. Tak sampai 2 bulan kot? ke tak sampai sebulan? haha rasa lama giler!) Kawan-kawan pun dah lama tak lepak-lepak jumpa.
Berbalik pada “episod bila Rachel exercise dalam bilik, depan cermin, kat cermin tu ada dia punya aim/target. Terus aku terlontar ke zaman silam, i used to do that before. Exercise – joging setempat/aerobik depan cermin, sambil imagine a beautiful me.”
Not that tembam bulat tak beautiful, but if u get called and teased mok-mok tiap-tiap hari, it affected ur self confidence. Aku masih ingat perasaaan ketika itu which aku malas nak sebut lagi. Tang sukan memang fail la, ada je alasan tak bawak baju sukan, orang main bola jaring aku dok tepi padang.
So aku pun join la apa-apa yang aku rasa boleh, koir, pancaragam, pesta pantun, teater (siap jadi mak yang kempunan telur tembakul tu). Tahap konfiden aku pun pulih, katalah apapun atleast aku wakil sekolah buat something, ko ado? Tanyaku pada mamat-mamat yang dok ejek aku tu.
Friends masa kat sekolah rendah Kelana Jaya. Walaupun aku agak kekampungan di sebuah sekolah bandar, yerla aku beranak and tadika di Perlis, makpak aku pun asal dari Perlis, aku dididik dengan jatidiri anak-anak Perlis yang sedar diri kat mana hang duduk pun, hang tetap mai dari Perlis. Tetap kampung. Tapi kawan-kawan baik aku yang memang beranak dan membesar di bandar, tak pernah plak menyisihkan. I get along really well. Kenangan manis
Ni bila dah tingkatan 1, tercampak balik ke Perlis. Makpak aku nak setel down kat tempat asal lepas 6 tahun dok bandar. Bila balik bersekolah di Perlis, I have quite high self-confidence, mungkin sebab sekolah perempuan semua, takde mamat-mamat hampeh yang keje nak mengejek jer. Semangat performing tu aku bawak sama, sukan still fail. Gambar kat atas adalah persembahan asrama akhir tingkatan 1, adalah idea original dari aku sendiri tanpa ada sesapa suruh perform. Siap tulis skrip dan kumpul kawan-kawan yang minat nak berlakon sama. (sebab skrip aku tulis, aku la ‘hero’ hahaha)
Yang tengah-tengah tu la Kak Ain, seperti dalam entri sebelum ni. Aku lantik dia jadi director gitu.. hehe
My fave quote from Glee:
Ms. Sylvester, I wanna thank you. For teaching me a valuable life lesson: …When you really believe in yourself, you don’t have to bring other people down. ~ Quinn Fabray.
Kalau google Ahadiat Akashah, akan jumpalah ayat-ayat seperti; muflis, sakit, tak bayar nafkah anak, bercerai dan segala mala bala. Pastu jumpa pulak komen-komen seperti kesiannnnnnnn, hidup bagai roda kejap atas kejap bawah. Siap ada yang kata; “dulu glamour giler, novel glamour, camne leh jadi gitu ek?”
Kenapa kita selalu susah-susah nak wonder tentang kehidupan orang lain? Kenapa kita lebih suka memikirkan jatuh bangun orang lain? At least HE IS SOMEBODY…
Cuba kita tengok diri kita sendiri, dah sampai mana perjalanan roda hidup kita? Pernah sampai atas? Pernah sampai bawah? Atau tak pernah bergerak kemana-mana dan tetap di tempat yang sama?
Hana Fedora pernah tweet;
“Some do arts and crafts. Some tell the world they are the best. Some say they have a perfect life. We JUDGE.”
So true.
Bagi aku, aku lebih suka mengenang yang baik-baik saja. Dia lah yang (membantu) membentuk jatidiri, mewarnai dunia remaja (aku). Dari novel-novel dia aku belajar menilai mana yang realiti mana yang fantasi. Dari novel-novel dia aku belajar menulis isi hati, belajar mengenali diri dan tahu apa aku ingin jadi, dan apa aku tak mahu jadi. Dari novel-novel dia lah hati aku menjadi penuh dengan rasa dan penuh dengan cinta walaupun ketika itu belum tahu untuk siapa.
You sure ke dia tengah hidup susah? You know the real stories? You know apa yang dia lalui? So why kita buat conclusion sendiri?
Look at ourselves, does our life perfect enough?
Aku hanya mahu ingat benda-benda best pada sesiapapun yang pernah aku kenal. I just wanna remember the good things that we once had.

Kak Noor Ain Abdul Halim di atas, adalah salah seorang insan yang banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan aku, aku kenal dan rapat dengan dia tak lama, hanya sepanjang aku tingkatan 1, ketika itu dia tingkatan 4. Kak Ain seorang yang punya strong personality, tegas dan selambe. Takde sapa berani mess up dengan dia, be it pengawas sekolah mahupun pengawas asrama hehehe.
Dari dia la aku kenal novel-novel Ahadiat Akasyah, dari dia la aku belajar cuba menulis. Aku taip cerpen-cerpen yang berkisar kepada kehidupan kami sebagai budak hostel, budak sekolah agama perempuan semua, budak-budak tomboy dengan mesin taip milik abah (mesin taip yer, bukan PC) dan bagi Kak Ain baca dan semak. Dia siap boleh tangkap dan gelakkan aku sebab ada certain-certain part kat my so-called cerpen tu aku plagiat dari ayat-ayat novel Ahadiat Akashah. Hehehe.


Aku dalam pelukan Kak Ain, dan geng-geng tomboy yang lain. Ahhh those days.. masa ni aku sorang je tingkatan satu, yang lain seniors, masuk tingkatan 2, tingkatan 3, dah keluar asrama dan dah tak rapat dengan diorang, imej brutal dah hilang, mai imej gedik ngan geng-geng gedik plak. Hehehe.
