search slide
search slide
pages bottom
Currently Browsing: me & my moleskine city notebooks

Summer in Dublin.

Ireland, bukanlah termasuk dalam senarai kota-kota yang aku mimpikan untuk sampai. Sebelum ni, dalam angan-angan aku cukup sekadar jejak kaki ke kota-kota terkemuka macam Paris, London, LA, New York dan dalam angan-angan tu harusla ala-ala tourist, travel with style and comfort, bawak duit banyak-banyak untuk shopping.

Aku dapat tau abstrak aku diterima untuk dibentangkan di conference di University of Galway, Ireland pada sekitar Februari, 2010. Tarikh conference adalah 26 Jun 2010 hingga 2 Julai 2010, tapi percayalah, hanya kira-kira seminggu sebelum 24 Jun 2010 tarikh bertolak, baru aku buat keputusan, Yes I am going!

Sebelum tu aku pun taktau aku boleh pergi ke tak, sebab main-main sampai aku terlepas pandang tarikh tutup Permohonan Pembiayaan Pembentangan Kertas Kerja Di Luar Negara.

Untuk pengetahuan am, semua pelajar PhD tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang buat PhD di universiti tempatan, akan dapat satu peluang sepanjang 3 tahun pengajian, untuk present di mana-mana jua seluruh dunia.

Dan borang kena hantar 2 bulan sebelum tarikh persidangan. Macam aku cakap sebelum ni, aku main-main.

Hanya lagi seminggu sebelum tarikh berlepas baru aku confirm yang memang dah rezeki aku untuk pergi Ireland ni. So aku sms Babe,

“Babe, aku confirm nak pi Ireland ni, hang bagi no phone travel agent hang sat aku nak beli tiket kapalterbang…”

“Hang nak pi sorang ke?” tanya Babe.

“Iyer sorang la.. belasah aje…” jawab aku.

Gila tak gila, lagi seminggu tu la aku beli tiket flight, tempah penginapan kat Galway, buat passport baru, beli kelengkapan nak travel...

Tapi aku ingat la, takkan lupa sampai bila-bila, yang berminggu-minggu sebelum tu memang tak putus-putus aku doa precisely semoga Allah bagi chance kat aku jejak gak kaki kat Ireland ni..

…Alhamdulillah, not only aku dapat sampai ke Ireland, bernafas dengan udara dingin Kota Dublin dan perkampungan Galway, tapi aku jugak berpeluang menikmati panorama Kota London serta singgah di wilayah Liverpool dan Manchester, yang langsung tak ada dalam perancangan sehingga seminggu sebelum tarikh berlepas. Semuanya mudah dan selamat, dan aku pergi berteman, teman yang planned semua-semua sebab aku memang taktau apa.

Baru sampai Dublin Airport, dari Liverpool. Perjalanan lebih kurang sejam. Kami nak RyanAir, ala-ala Airasia.

Sampai kat Dublin, kami menginap di rumah family friend Babe. Masa mula-mula sampai mak aih terjakun aku, apartment ke hotel ni? Dah la duduk free, Kak S tuan rumah yang peramah dan baik hati masak macam-macam, betapa nikmatnyaaaaaaaa kesedapan makan nasi lemak kat Dublin hehe.

Rumah dan kawasan rumah cantikkkkkk sangat, gambar kat atas tu langsung tak adil, jadi aku cilok gambar apartment tu kat website dia ni http://www.spencerdock.ie/

Bilik kami menumpang tidoq. Nikmat sangat tidoq konon-konon jetlag terbang dari Malaysia tak habis-habis lagi, dah la bertolak dari Liverpool pagi buta. Kepala weng-weng tak cukup tidoq. Sampai pagi, terus terpengsan tidoq sampai petang. Buruk perangai hehe ampun tuan rumah!

Bangun petang, Kak S ajak makan lagi. Makannnnnnn lepas tu Kak S bawak jalan keliling town Dublin. Dekat, naik tram dari apartment, pastu jalan kaki je kemana-mana.

O’Connell Monument.

Sungai Liffey.

Statue of William Smith O’Brien.

Ni lah yang namanya tram tu.

Aku di depan The Temple Bar.

Masuk dalam Hard Rock Cafe ni tak beli apa pun, lainlah Babe dia memang collect T-shirt Hard Rock Cafe serata dunia.

Molly Malone statue berdekatan Trinity College.

Grafton Street.

Tomeinye.

Lepas dah penat jalan-jalan, kami pi melepak di St Stephen’s Green Park sambil minum kopi.

Rindu Babe! Adapun jasa dia membantu aku kat sana, hanya Allah membalas :)

P/S- Babe jangan tak jadi plak plan kita nak berbuka sesame esok ni weyh, sila survey apa hang nak makan Restoran Mohd Chan Abdullah Bangi ni.


Semanis Strawberry.

“Hidup ini manis… Tapi kadang-kadang kita lupa nak menikmati rasanya.”

…yang menjadi inti entry sebelum ni adalah terinspirasi  dari sebuah ayat yang aku jumpa dari sebuah website;

THERE IS NO TIME LIKE THE PRESENT

Mark Twain said, “I have been through some terrible things in my life,
some of which actually happened.”  These words hold great wisdom; the
wisdom of knowing that there is no sense worrying about the past or
fearing the future.  Your past will not change, and your future concerns
may never come.

Many people spend a great deal of time and energy thinking about past
problems and future concerns while the present is passing them by.
Remember the here and now is a gift, which is why they call it the
‘present’.  Treat it like a present, enjoy it to the fullest and make the
most of it.

Don’t let your life pass you by, focus on the present and enjoy today!

- Glen Hopkins

Sabtu baru-baru ni balik kampung, berbuka puasa dengan famili. Ada abah, mama, adik-adik, dan husband. Husband seperti tahun-tahun lepas mengalami culture shock sebab kalau kat rumah dia berbuka puasa lauk 2,3 jenis je, rumah aku, mau kot ada 10 jenis muehehehe. 10 jenis serba sikit, serba sedap sebab bukan beli sebarangan kat pasar Ramadhan, tapi semuanya mama (dan adik-adik perempuanku yang semua pandai masak) yang masak. Ikan bakar je 3 jenis, ikan talapia bakar, ikan keli bakar dan ikan temenung bakar. Nasi ulam sayur keladi, gulai ikan, ayam masak merah, sambal sotong, sambal belacan dan air asam, cabai solok dan ada lagi yang aku dah tak ingat.

Aku pun taktau macammana kami buat, tapi lepas second trip lepas terawih, semua licin habis. Tiada pembaziran :)

Hari Ahad pulak, pi berbuka puasa kat Aloq Staq dengan geng-geng fotografer Perlis/Kedah. Semua gambaq-gambaq cun kat blog ni, karya depa lah.

Selambe je hidang murtabak atas talam Mc’ D. Hihihi. Adapun murtabak ni didatangkan khas dari Mata Ayaq, Perlis. Sedap dia MasyaAllah!

Tudia orang dok beratoq.

Gemuk-gemuk pulak tu. Satu 3 ringgit. Tempat lain ada?

************************************************

Berbalik kepada “Hidup ini manis… Tapi kadang-kadang kita lupa nak menikmati rasanya.”

Aku dah berazam untuk menjadikan momen-momen simple macam makan-makan bersama family & friends lebih manis dan bermakna, dengan betul-betul be present, really talk and listen, bukan sekadar dok ada depan mata tapi melayang kemana-mana. Mata dan jari dok sibuk dengan handphone, layan twitter dan FB. Aku dah delete dah pun dua benda ni, and surprisingly aku mula membaca buku-buku kembali, dan lebih involve in real conversations with real people. Mula menikmati keindahan alam semesta bila kemana-mana.

It’s not about FB and Twitter, ramai je yang guna dan tak mengalami konflik dalam diri macam aku ni.

It’s me, yang membiarkan virtual connections mengatasi real connections, dalam hidup aku.

I learnt my lesson and it’s time to take a break, and start focusing on ‘live in the moment’.

Sebab hidup… semanis strawberry… :)

Aku masih ingat bau manis ladang strawberry yang aku singgah masa kat Liverpool baru-baru ni. And i remembered being present, lupa segala masa lepas dan masa lampau, hilang kerisauan akan masa depan, sebaliknya tumpuan penuh pada kegembiraan memetik buah-buah strawberry yang merah mekar.

Petik-petik terus masuk mulut. Sedap MasyaAllah! Rasa macam strawberry yang pernah aku makan sebelum ni bukan betul-betul strawberry hehe.

Strawberry dan Blackberry.

Feel abis!


Page 1 of 912345»...Last »